A pingbacks setting was allowing pingback spam on your blog. Spam Free WordPress closed this security hole. Have a nice day. :)

Pahang Mengamuk! Kelantan Sekadar Seri « kakiGOL | Portal Info dan Berita Bola Sepak Malaysia

Pahang Mengamuk! Kelantan Sekadar Seri

January 14 | Oleh Sam | Berita, Berita Utama, Liga Malaysia

KREDIT GAMBAR KEPADA Dunia Sukan Online

Pertahanan kiri Pahang, R. Gopinathan meraikan gol kedua dalam aksi Liga Perdana menentang Harimau Muda B di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Pahang Belasah Harimau Muda B dengan jaringan 4-0.

Aksi lebih kemas pada separuh masa kedua memastikan Pahang meraih kemenangan kedua dengan membelasah Harimau Muda B 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelawat menguasai perlawanan sejak wisel ditiupkan dan peluang terbaik Pahang hadir menerusi Azamuddin Akil yang menanduk tinggi bola melepasi palang gol. Hafiz Kamal sekali lagi membuktikan kepakarannya menerusi sepakan percuma dan walaupun Izzat berjaya menepis cubaannya, bola muntah tersebut berjaya ditandukkan masuk penyerang import, Nana Yaw Agyei untuk gol pendahuluan pada minit ke 57.  Pada minit ke-77, barisan pertahanan skuad kendalian Ismail Ibrahim itu terus dihukum dan kali ini giliran Azamuddin memintas hantaran ke belakang pemain lawan.

Pahang menutup malam gembira mereka apabila tolakan Nana Yaw memerangkap pertahanan Harimau Muda B lalu disudahkan pemain gantian, Abdul Malik Mat Arif untuk gol keempat pada malam ini.

Kelantan dan PKNS Selangor sekadar seri 1-1 pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam ini.

Sementara itu dalam saingan Liga Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat kemenangan besar setelah membelasah pasukan Majlis Bandaraya Johor Bharu 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar.

Jaringan pertama ATM disumbangkan oleh Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-49 diikuti empat gol oleh pemain import ATM, Marlon Alex James pada minit ke-62, 71, 72 dan 87.

Turut sama mencatat kemenangan besar perlawanan ialah pasukan Pos Malaysia yang menumpaskan Majlis Perbandaran Muar 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Gol Pos Malaysia dijaringkan oleh S.Sumindran pada minit ketujuh, G.Puaneswaran minit ke-52 dan 83 serta gol penyudah oleh Muhammad Fakhrul Aiman hadir dua minit kemudian.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan pasukan USM FC 2-0 menerusi jaringan Khairul Izuan Abdullah pada minit ke-9 dan Mohd Fauzi Abdul Majid pada minit ke-75.

Pasukan baru, Negeri Sembilan Betaria mencatat keputusan seri 1-1 kepada Johor di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Perlis pula berdepan dengan kekalahan kedua apabila tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Utama, Kangar.

Dua gol Sime Darby dijaringkan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit kelima dan Mohd Irme Mat pada minit ke-40 manakala gol saguhati Perlis pula dijaringkan oleh Lamin Conteh pada minit ke-55. – ESPN STAR 

Comments

Powered by Facebook Comments

Tulis reaksi anda